Thursday, March 12, 2009

JADUAL KURSUS PUSAT LATIHAN PERTANIAN KALUMPANG TAHUN 2009

Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor merupakan salah satu Pusat Latihan Pertanian di bawah Jabatan Negeri Negeri Selangor yang berperanan untuk melatih golongan sasaran Jabatan Pertanian seperti petani,usahawantani,beliatani dan juga orang awam Negeri Selangor yang berminat. Kemudahan penginapan dan makan minum disediakan sepanjang kursus dijalankan. Bagi tempoh setengah tahun 2009 cadangan kursus yang akan diadakan adalah seperti berikut :

1. KURSUS TEKNOLOGI CENDAWAN
2. KURSUS MAKANAN TRADISIONAL
Tarikh : 23 - 26 hb Mac 2009

3. KURSUS TEKNOLOGI PENANAMAN SECARA FERTIGASI
4. KURSUS MEMPROSES ROTI & KEK
Tarikh : 20 - 23 hb April 2009

5. KURSUS TEKNOLOGI TANAMAN BUAH-BUAHAN
(MANGGA,BELIMBING,PISANG,PITAYA)
6. KURSUS MEMPROSES MAKANAN SEJUK BEKU
Tarikh : 18 - 21 hb Mei 2009

7. KURSUS PENGURUSAN TAPAK SEMAIAN
8. KURSUS MEMPROSES ANEKA BISKUT
Tarikh : 22 - 25 hb Jun 2009

Kepada yang berminat menyertai kursus-kursus di atas boleh menghubungi Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan untuk mendapat maklumat lanjut.











2 comments:

  1. Tuan,
    sanak kursus memproses cendawan ? ade ker
    anyway .
    tahnian berjaya juga adnda menghasilkan laman ini..

    ReplyDelete
  2. saya nak kursus buat bahulu ada ke? umur saya 53 tahun lelaki, sekarang jual tepi jalan gorpis, kuihx secara kecilxan terima kasih

    ReplyDelete