Thursday, March 12, 2009

JADUAL KURSUS PUSAT LATIHAN PERTANIAN KALUMPANG TAHUN 2009

Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor merupakan salah satu Pusat Latihan Pertanian di bawah Jabatan Negeri Negeri Selangor yang berperanan untuk melatih golongan sasaran Jabatan Pertanian seperti petani,usahawantani,beliatani dan juga orang awam Negeri Selangor yang berminat. Kemudahan penginapan dan makan minum disediakan sepanjang kursus dijalankan. Bagi tempoh setengah tahun 2009 cadangan kursus yang akan diadakan adalah seperti berikut :

1. KURSUS TEKNOLOGI CENDAWAN
2. KURSUS MAKANAN TRADISIONAL
Tarikh : 23 - 26 hb Mac 2009

3. KURSUS TEKNOLOGI PENANAMAN SECARA FERTIGASI
4. KURSUS MEMPROSES ROTI & KEK
Tarikh : 20 - 23 hb April 2009

5. KURSUS TEKNOLOGI TANAMAN BUAH-BUAHAN
(MANGGA,BELIMBING,PISANG,PITAYA)
6. KURSUS MEMPROSES MAKANAN SEJUK BEKU
Tarikh : 18 - 21 hb Mei 2009

7. KURSUS PENGURUSAN TAPAK SEMAIAN
8. KURSUS MEMPROSES ANEKA BISKUT
Tarikh : 22 - 25 hb Jun 2009

Kepada yang berminat menyertai kursus-kursus di atas boleh menghubungi Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan untuk mendapat maklumat lanjut.











Sunday, March 1, 2009

" PLANET ROSELLE "

" Minuman Roselle amat kaya dengan Vitamin C semulajadi. Kandungannya adalah dua setengah kali ganda berbanding blackcurrant, tiga kali ganda yang terdapat pada buah anggur dan sembilan kali ganda lebih daripada buah sitrus. Selain Vitamin C semulajadi, minuman Roselle juga mengandungi Vitamin B1, B2 kompleks dan D yang menjadikannya minuman kesihatan untuk seisi keluarga. "

Produk yang dikeluarkan :
  • Kordial Roselle 1 liter
  • Jus Roselle 250 ml
  • Halwa 50 gm

Alamat Pengusaha :

SABDARIFFA ENTERPRISE (Co. No. 001555879-A)

No. 56, Jalan Melor 2, Desa Melor,

48200 Serendah, Hulu Selangor,

Selangor.

Tel: 03-6081 2832

H/P: 019-649 4566 / 012-315 7930

Faks: 03-6081 2340


























































Thursday, February 26, 2009

KEMPEN BUMI HIJAU


TUJUAN
  • Menggalakkan rakyat terutamanya penduduk di taman-taman perumahan supaya menanam sendiri sayur,ulam,herba bagi keperluan keluarga sendiri, jika lebih bolehlah dijual atau diberikan kepada jiran.
  • Mendapat makanan segar hasil usaha sendiri, disamping dapat mengindahkan sekitar rumah dengan konsep kitchen garden.

  • Dapat mengurangkan kos perbelanjaan seharian.

Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor sedia membantu dari segi khidmat tunjuk cara menanam, cara penjagaan tanaman serta menyediakan keperluan biji benih sayur seperti cili kulai,bendi, kang kung, baja tanaman seperti baja asas disamping input-input yang bersesuaian.






INSENTIF TANAMAN 2008

TUJUAN

i) Meringankan bebanan pengusaha berikutan peningkatan kos pengeluaran

ii) Menggalakkan peningkatan pengeluaran tanaman makanan (Buah-buahan dan Sayur-sayuran)

KADAR INSENTIF

Jenis tanaman

i) Sayur-sayuran dan Tanaman Kontan RM 81.00 / tan metrik

ii) Buah-buahan RM 78.00 / tan metrik

SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia
  • Pengusaha individu,Syarikat dan Institusi
  • Mengusahakan tanah sendiri,disewa,dipajak atau lain-lain status tanah yang diluluskan oleh status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan.
  • Mempunyai Rekod Ladang
  • Mempunyai akaun di AGROBANK
  • Berdaftar di abawah Jabatan Pertanian dan pemberian insentif hanya diberi dengan menggunakan borang yang diberi percuma di Pejabat Pertanian terdekat .