Thursday, February 26, 2009

KEMPEN BUMI HIJAU


TUJUAN
  • Menggalakkan rakyat terutamanya penduduk di taman-taman perumahan supaya menanam sendiri sayur,ulam,herba bagi keperluan keluarga sendiri, jika lebih bolehlah dijual atau diberikan kepada jiran.
  • Mendapat makanan segar hasil usaha sendiri, disamping dapat mengindahkan sekitar rumah dengan konsep kitchen garden.

  • Dapat mengurangkan kos perbelanjaan seharian.

Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor sedia membantu dari segi khidmat tunjuk cara menanam, cara penjagaan tanaman serta menyediakan keperluan biji benih sayur seperti cili kulai,bendi, kang kung, baja tanaman seperti baja asas disamping input-input yang bersesuaian.






INSENTIF TANAMAN 2008

TUJUAN

i) Meringankan bebanan pengusaha berikutan peningkatan kos pengeluaran

ii) Menggalakkan peningkatan pengeluaran tanaman makanan (Buah-buahan dan Sayur-sayuran)

KADAR INSENTIF

Jenis tanaman

i) Sayur-sayuran dan Tanaman Kontan RM 81.00 / tan metrik

ii) Buah-buahan RM 78.00 / tan metrik

SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia
  • Pengusaha individu,Syarikat dan Institusi
  • Mengusahakan tanah sendiri,disewa,dipajak atau lain-lain status tanah yang diluluskan oleh status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan.
  • Mempunyai Rekod Ladang
  • Mempunyai akaun di AGROBANK
  • Berdaftar di abawah Jabatan Pertanian dan pemberian insentif hanya diberi dengan menggunakan borang yang diberi percuma di Pejabat Pertanian terdekat .